Monday, June 13, 2011

Sekitar Latihan Kawad...

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan kehendakNYA...
Jabatan Amal Johor berjaya menjalankan program pertama yang telah dirangka untuk sesi kali ini....

Latihan kawad pada 12/6/2011, telah menunjukkan respon yang begitu memberangsangkan apabila sekitar 35 ahli Jabatan Amal berjaya melaporkan dari segenap pelusuk Johor...

Antara perkara yang diajar adalah asas kawad, tabik hormat dan keluar baris...walaupun ianya nampak mudah, tetapi jika keserasian antara briget tiada, maka ia ibarat seperti "main pondok-pondok",,,

Kita ingin melahirkan briget yang betul2 berkualiti dan mantap, yang menjiwai setiap hentakan kaki, yang berhimpun dengan tujuan dan matlamat yang jelas...

Di akhir sesi, Pengarah Amal Negeri telah memberikan sedikit taklimat...bahawa "Jabatan Amal akan sahut cabaran untuk pertandingan kawad sempena sambutan Amal 2 dekad"...Jabatan Amal Johor tidak akan gentar untuk berhadapan dengan Jabatan-jabatan dari negeri lain...

Pengarah juga memberitahu, latihan ulangan adalah pada 18/6/2011, tempat dan masa yang sama. Ayuh, kita bersatu demi Islam dan rapatkan saff serta kuatkan iman...insyaALLAH MALAYSIA akan kita gegarkan...!!!!!!!!!


~Beramal Kerana Allah~

Thursday, June 09, 2011

Cergaskan Jasmani, Sihatkan Rohani



Cergas Jasmani, Sihatkan rohani....

Admin Jabatan Amal Johor kali ini ingin mengajak semua Ahli Lembaga Pengarah, Penyelaras Amal kawasan serta seluruh anggota amal negeri Johor dan tidak lupa juga kepada pembaca yang berminat dengan Badan Beruniform (Jabatan Amal) Negeri Johor....!!!

Untuk sama-sama hadir ke Latihan Kawad yang akan di adakan pada :

Tarikh : 12 Jun 2011
Tempat : Dataran Majlis Daerah Yong Peng
Jam : 8.00 pagi
Pakaian : Bebas tetapi berkasut....

Aper....?? Anda tiada baju amal....itu bukan masalah yang utama....yang penting hadir dan kita sama-sama rapatkan ukhwah...saling kenal-mengenali, mudahkan..yang penting hadir dan bagi komitmen untuk latihan kawad amal...

Tiada orang nak pergi...?? adui program bertembung dengan program kawasan.... ish3x..kalau tak dapat hantar 5 orang wakil...at least at least Penyelaras setiap kawasan dapat turun pun dah kira bagus dah tu.....kata mantan Ketua Pemuda .."Melangkah ke Nusajaya"...jadi kalau tak boleh 5 orang seorang pun dah OK...

ok lah, tak mahu cerita panjang-panjang, yang penting datang dan beri komitmen untuk tawan JOHOR...jangan cerita nak menang pilihanraya kalau tak boleh datang "L-A-T-I-H-A-N"...

opssss,,,terlupa penulis nak bagi tahu ...sebelum mula kawad tu...sarap jangan luper, kang pengsan dah satu hal...tapi yang pastinya penulis nak bagi tahu...sahabat kita En Taufiq dah bukak kedai makan sekitar Dataran Majlis Daerah Yong Peng. Kalau tak sempat sarapan kat rumah boleh sarapan kat kedai sahabat amal kita nih..tetapi berbayarlah....wasalam.

~Beramal Kerana Allah~