Monday, April 03, 2006



Jambori Unit Amal Johor Di Tanjung Resang, Endau, Mersing, Johor pada 17 - 19 Mac 2006

Baru - baru ini Unit Amal Malaysia cawangan Johor berjaya mengadakan jambori tahunan peringkat negeri di Tanjung Resang, Endau, Mersing, Johor. Seramai 140 orang perserta telah menyertai jambori tersebut. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang jambori berlangsung. Pengarah Program, Saudara Noor Khalim Hj Sakib ketika ditemui menyatakan perasaan gembira kerana sambutan yang diberikan sangat baik. Perasmian Pembukaan Jambori dilakukan oleh Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor manakala Perasmian Penutupan pula disempurnakan oleh Ustaz Jamsari bin Marsom, Ketua Pengarah, Unit Amal Pusat.
Jambori tersebut diadakan adalah antaranya untuk menghimpunkan ahli unit amal seluruh johor serta mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli unit amal.