Wednesday, May 31, 2006

Unit Amal WP berkempen untuk kutipan Tabung Palestine
Laporan : MOHD SHAHRAINI ABU SAHID ( S/U Unit Amal WP )

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Unit Amal WP atas nama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat telah turun padang ke Masjid Negara dan Masjid Kg. Baru bagi meneruskan kempen Kutipan Tabung Palestine yang telah dilancarkan oleh Lajnah Antarabangsa PAS Pusat yang dirasmikan oleh Presiden PAS di Taman Melewar baru-baru ini.
Bersama-sama pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat iaitu Dr. Syed Azman Syed Nawawi, seramai 25 orang petugas Unit Amal mencari sasaran di pintu-pintu masuk utama sekitar Masjid Negara dan Masjid Kg Baru dengan membawa tabung-tabung derma. Dengan memakai baju tshirt yang disediakan dengan slogan ' Bantulah Palestine ', Unit Amal kelihatan begitu semangat walaupun dalam keadaan panas terik.
Disamping itu, Pemangku Ketua Pemuda PAS WP iaitu Sdr. Kamaruzzaman juga telah menyertai kempen tersebut dengan memegang sepanduk ' Support Palestine ' dan melaungkan kata-kata ' Bantulah Palestine '.

Monday, May 29, 2006

XPDC Tawan PunCak LeDang Oleh Unit Amal Sri Gading

Beberapa minggu yang lepas unit amal Sri gading telah mengadakan XPDC Menawan Puncak bLedang. dimana Seramai 20 orang peserta telah terlibat. XPDC kali ini telah di pimpin oleh Ust Mohd Noor, Mantan Ketua DPP Negeri Sembilan yang kini Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Melaka. Program XPDC Menawan puncak Ledang ini berlansung selama 2 hari 1 malam. berikut merupakan laporan yang ringkas untuk tatapan semua




20 Mei 2006
8.00 pg -Pendaftaran dan pemeriksaan barang
8.45 pg - Para Peserta berhimpun untuk bacaan doa, senaman dan taklimat
9.00 pg - Pendakian bermula dengan kami meyusuri lebih kurang 750 anak tangga
10.00 pg - sampai check point pertama Bukit Semput (terdapat 2 orang peserta yang hampir semput )
10.45 pg - Sampai Di Check Point Ke-2 Lagenda Trial
11.30 pg - Sampai di di Check Point Ke-3 Kolam anak Gajah
1.15 Ptg - Sampai di Check Point ke-5 Sungai Segitiga dengan ketinggian 2232 kaki dari paras laut. pertengahan pendakain. kami berkhemah di sini. terdapat beberapa aktiviti dan modul yang telah dijalankan dan modul terpaksa dirahsiakan untuk sementara waktu.


21 Mei 2006

2.30 pg - Kemas diri dan solat tahajud
3.15 pg - Bacaan doa dan pendakian dilakukan. kami mendaki di KFC. bukan kentucy Fried Chiken :)
4.20 pg - Sampai di Check Point 6 Gua Kambing
5.20 pg - Sampai di check Point 7 Bukit Botak
6.20 pg - solat subuh dilakukan berdekatan dendan gua majapahit, pertengahan check point 7. terdapat sumber air yang agak sejuk
7.15 pg - Semua peserta selamat sampai ke puncak Gunung ledang, sujud syukur di
lakukan. laungan takbir, lagu alamalulillah dan doa wehdah di laungkan di atas puncak tersebut setakat ini sahaja ringkasan perjalanan unit amal Sri Gading ke gunung Ledang.terdapat beberapa perisiwa - peristiwa yang mengajak kita berfikir semasa pendakian dilakukan yang hanya boleh dihayati oleh mereka yang mendaki sahaja.

Cd Perjalanan Unit amal Sri Gading ke PUncak Ledang akan berada di Pasaran tidak lama lagi. jadi sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah hubungi 017-6183315.

Thursday, May 25, 2006

Gegar JOHOR!
















Di ambil dari Web Pasjohor.net
Mari bersama kita menggegarkan JOHOR!!

Tuesday, May 23, 2006

VISI DAN MISI UNIT AMAL


VISI

Pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang pilihan generasi baru yang berteraskan Islam.

MISI

Berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam. Melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh yang mengahayati Teras Lima Budaya Amal.

Thursday, May 18, 2006

Jasa Ibu

Ketika berusia setahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuhrasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucapterima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkanterima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : Tak nak ! Taknak !

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja.. kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "Itu bukan urusan ibu".

Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu ".
Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"
Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut "ibu , tooooolongglah"

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden.."

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"

Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu?

Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.Ya Allah...hindari aku dari menjadi anak derhaka, ampunkan aku Ya Allah, beri aku kekuatan kelapangan dan peluang untuk menjaga ayahbondaku, sesungguhnya Ya Allah aku amat menyayangi mereka, Ya Allah jangan kau ambik merekan tatkala ingin ku layarkn sekuntum kucupan didahi mereka....jangan kau ambil mereka tatkala ikatan pelukan ku semakin erat..aku menyintai mereka Ya Allah..kekalkanlah setiap denyutan nadiku dalam keredahaan mereka Ya Allah....kerana ku tahu keredhaan mereka adalah keredhaan Mu.....

Ya Allah jangan kau ambil mereka ya Allah..aku masih memerlukan mereka ,Ya Allah, aku masih mengemis kasih dan doa mereka, Ya Allah kau layarkan lah segenap barakah mu dilangit dan dibumi untuk ibu dan ayah tercinta Ya Allah aksihani mereka Ya Allah, sesugguhnya tempatkan mereka bersama para solihin di Jannatul Firdaus Ya Allah..
syie2u.blogspot.com

LIRIK NASYID AL - AMALULILLAH

Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna

Allah. Allah. Allahu rabbuna
Allah. Allah. Allahu ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna

Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna


Al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
Al-jihad, al-jihad, al-jihadusabiluna
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Asma amanina, asma amanina

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Allah. Allah. Allah Tuhan kami
Allah. Allah. Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Cita tertinggi kami. Cita tertinggi kami

Wednesday, May 17, 2006

Guru Pencetus Kesedaran Ummah

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) : Para guru mempunyai peranan yang amat penting dalam pembinaan ummah kerana runtuhnya institusi guru bermakna akan runtuhlah institusi ummah.Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan perkara itu dalam ucapan Hari Gurunya yang dirayakan hari ini di seluruh negara.Beliau menyeru para guru menjadikan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai hari untuk meningkatkan lagi usaha mengembalikan darjat dan kedudukan guru di mata masyarakat seperti sebelum ini sebagai tema perjuangan mereka."Sejarah membuktikan guru-guru merupakan golongan yang sangat dipandang tinggi dan diletakkan pada kedudukan yang begitu dihormati oleh masyarakat kita sebelum ini."Guru sebelum ini adalah pencetus kesedaran agama, kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan malah kesedaran berorganisasi bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu malah seluruh penduduk negara ini," kata beliau ketika menjelaskan kedudukan guru sebelum ini.Malah, katanya, para guru ketika itu memainkan peranan yang sangat utama dalam mencorakkan pemikiran ummah."Di dalam bidang politik, para guru ketika itu adalah jurubicara kepentingan dan perkara-perkara yang mendasari ummah di peringkat bawahan," kata Ustaz Idris.Antara tokoh guru yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan pemikiran ummah dan membina keperibadian mereka ialah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, kata beliau.Beliau juga menyeru para guru supaya tidak memandang apa yang mereka lakukan hanya sebagai pekerjaan semata-mata."Tugas guru bukan hanya memindahkan ilmu pengetahuan atau knowledge transfer sahaja malah menurut Imam Shafie, taraf guru begitu hampir dengan kedudukan rasul."Perlu diingati seorang rasul bukan sekadar menyampaikan wahyu sahaja malah mereka juga memastikan wahyu itu diterima dan diamalkan oleh ummah, memastikan kehendak wahyu terlaksana, mendidik ummah supaya selaras dengan ajaran wahyu yang mereka terima malah tugas seorang rasul hampir tidak ada titik noktahnya," kata beliau.Lantaran itulah, beliau menyeru para guru supaya mempertahankan kemuliaan profession mereka dan jangan sekali-kali merendahkan kedudukannya dengan menyifatkan pekerjaan sebagai guru hanyalah pilihan terakhir kerana tidak ada pekerjaan lain lagi.
MAKAN MALAM AMAL PERDANA

BERSAMA
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
DAN
UST. NASARUDDIN MAT ISA
TARIKH : 28 MEI 2006 (JAM 8.00 MALAM)
TEMPAT : DEWAN DATO' FADHIL NOOR ,TAMAN MELEWAR K.L
ANJURAN : JABATAN AMAL MALAYSIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

HUBUNGI :
SDR. KHAIRUL ANUAR 0197762766
SDR. HIDAYAT 0127555372

Monday, May 15, 2006


Uniform Baru Dirasmikan Oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Menteri Besar Negeri Kelantan Posted by Picasa

Peringatan Kepada Kita Semua

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Maksud Hadith :Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : " Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikut mereka". Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah ! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan ?". Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
(HR : Muslim)

Fatwa Penyokong Bolasepak Piala Dunia


BPPNS writes "Ketika saya ke bandar Seremban pada hari Sabtu 13 Mei 2006 saya amat terperanjat apabila terpampang papan tanda yang membawa pelbagai kemusykilan dari sudut hukum akidah dan agama. Dengan ini saya ingin penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri atau para alim ulamak hukum penyokong bolasepak yang beragama Islam yang menconteng muka mereka dengan lambang negara yang menyertai Piala Dunia 2006 yang menyerupai lambang salib.Mungkin gambar yang tertera pada papan tanda ini adalah penyokong-penyokong bolasepak bukan Islam, tetapi tidak dapat dinafikan ramai penyokong bolasepak Islam akan terikut-ikut gaya penyokong bolasepak bukan Islam tanpa lebih dahulu mengetahui apakah hukum mereka melakukan perbuatan tersebut kerana iklan ini begitu besar dan diletakkkan ditengah-tengah bandar tempat tumpuan orang ramai.Gambar dilampirkan diambil pada hari Sabtu 13 Mei 2006 berhampiran Perhentian dan Pusat Membeli Belah Terminal One dan belakang bangunan Wisma UMNO Seremban.
Sila ke laman http://waghih.blogspot.com untuk melihat gambar papantanda tersebut"

Sunday, May 14, 2006

Pelancaran Unit Amal Kawasan Kluang


13hb Mei 2006 - Unit Amal Johor telah maju setapak lagi dengan Pelancaran Semula Unit Amal Kawasan Kluang oleh Sdr Abd Hamid bin Jammah, Penasihat Unit Amal Johor. Kawasan Kluang merupakan kawasan keempat dalam negeri Johor yang membuat pelancaran unit amal dengan penampilan uniform baru yang lebih menarik. Sebelum ini, Kawasan Batu Pahat, Air Hitam dan Muar telah membuat pelancaran di peringkat Kawasan masing - masing. Program tersebut turut dihadiri oleh Sdr Nor Khalim bin Sakib, Pengarah Jabatan Amal Johor, Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Pemangku Ketua Pemuda PAS Kluang, Sdr Adanan bin Rasid, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Johor, Sdr Azizi bin Malik, Ketua Penyelaras Unit Amal Kluang.
Sdr Abdul Hamid dalam ucapannya menyatakan harapan beliau yang sangat tinggi agar Unit Amal khususnya di Kluang dapat digerakkan dengan perancangan yang baik supaya dapat memberi pelbagai khidmat kepada masyarakat tempatan. Beliau juga yakin dengan penampilan yang lebih menarik ahli Unit Amal dapat mendekatkan diri kepada golongan pemuda dengan lebih mudah dan berkesan.

Thursday, May 11, 2006

Wednesday, May 10, 2006


MAKAN MALAM AMAL PERDANA
BERSAMA TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DAN UST. NASARUDDIN MAT ISA
TARIKH : 28 MEI 2006 (JAM 8.00 MALAM)
TEMPAT : DEWAN DATO' FADHIL NOOR ,TAMAN MELEWAR K.L
ANJURAN : JABATAN AMAL MALAYSIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
HUBUNGI : SDR. KHAIRUL ANUAR 0197762766 /
SDR. HIDAYAT 0127555372

Monday, May 08, 2006

Lawatan Kasih

BATU PAHAT 6 MEI - Pengarah Jabatan Amal Johor diiringi beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah dan YDP PAS Sri Gading Tuan Hj Sakib Bin Manan telah mengziarahi 3 beradik yangkehilangan ibubapa mereka dalam kemalangan jalan raya di KM10 jalan Batu Pahat - Kluang pada hari khamis yang lalu

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 minit malam khamis lalu, pasangan suami isteri Zamrim Abdul Karim 33 dan Roslinda Rahmat 32, telah mati di tempat kejadian apabila kereta yang dipandu oleh Zamrim terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuat lori treler,Jamaliah Rahmat 32 adik bongsu Roslinda pula mati di hospital Batu Pahat jam 9.50 Mlm apabila cedera parah di kepala dan badan.

Pasangan Suami Isteri tersebut telah meinggalkan 3 orang anak Ain Nurlisa 9, Mohd Azri Zarif 7, dan Ain Nurzeti 2 yang kini telah dibela oleh Pak Rahmat dan Pn Manisih di Kampug Pt Sameon, Pt Raja. Batu Pahat Johor.

Sehubungan dengan itu, pihak kami telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga terbabit. Semoga Allah merahmati Roh Allahyarham dan semoga anak-anak tersebut akan sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Wednesday, May 03, 2006





































































Bencana Alam di DUN Parit Raja

Pada 30hb April 2006, pada jam 4.10 petang, telah berlaku satu ribut yang agak besar yang melanda di beberapa buah kampung di sekitar DUN Parit Raja. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Parit Raja Darat, Parit Surau, Kg Parit Lapis Seri Dalam, dan Parit Rostam. Akbiat dari bencana ini, banyak rumah-rumah penduduk telah rosak teruk. Dianggarkan lebih kurang 20 buah rumah terlibat dan 8 buah rumah dilanda rosak yang amat teruk.

Sejajar dengan itu, pada 1 Mei 2006, UNIT AMAL JOHOR telah mengerahkan seramai 40 orang ahlinya untuk turun bertemu mangsa dan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kewangan kepada 8 buah rumah yang rosak teruk (hasil dari derma kilat yang dilakukan pada hari itu) dan juga bantuan tenaga yang dihulurkan dalam program Gotong Royong Perdana.

Turut bersama menyaksikan program Gotong Royong tersebut adalah ADUN Parit Raja, YB Aziz Kaprawi dan beberapa ahli exconya. Sehubungan itu, beliau telah membuat kenyataan akhbar untuk mewujudkan satu 'Briged Bencana Alam' di bawah seliaan beliau.