Friday, May 27, 2011



Satu lagi bentuk kegelisahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional adalah apabila Pakatan Rakyat memberikan tumpuan penuh kepada "Ceramah Umum" bagi memberikan penjelasan kepada rakyat tentang segala macam isu yang telah ditanam dan dibara-barakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, TENTERA MERAH mengajak saudara/i yang budiman sekalian untuk bersama-sama mendengar hujah yang bakal disamping oleh seorang yang tidak asing lagi di mata rakyat dan tidak lupa juga di mata FRU....Dato` Seri Anwar Ibrahim...kami menyeru agar saudara/saudari hadir sebagai agen penyampai maklumat kepada masyarakat untuk membuat perubahan pada PRU-13...insyaALLAH...akhir kata dari penulis...

~Beramal kerana ALLAH~

Wednesday, May 25, 2011

PAS ganti Umno kaitannya dengan TENTERA MERAH



Tok Guru Hadi ketika melancarkan program PAS ganti Umno



Mungkin saat dan ketika ini, banyak pihak sedang memperlekehkan institusi TENTERA MERAH dalam gerakkerja membantu Pakatan Rakyat menawan Malaysia amnya dan Johor khususnya....ada yang memperlekehkannya di kedai-kedai kopi, ada pula tak sudah-sudah memperli sana memperli sini...tak kurang juga yang suka membawa fitnah, gayanya seperti ayam bertelur sebiji kecoh sekampung...!!!!

Eleh, masuk TENTERA MERAH bukan dapat apa pun, buang masa buang tenaga adalah, -kata seorang pengkritik tetap parti pembangkang-....yang hendak diberitahu disini, pengkritik tersebut bukanlah anti-TENTERA MERAH, tapi sebenarnya dia anti-PAS sebab mampu menyediakan sesuatu yang lebih baik dari yang difikirkan umum....

Oleh itu, dengan kritikan tersebut...PAS dengan bantuan TENTERA MERAH...tidak lagi berhajat untuk menunggu lama bagi menggantikan sesuatu yang sudah lama dan rosak...Ya, TENTERA MERAH tidak diberikan gaji, tidak diberikan elaun...tapi ingat satu janji yang TENTERA MERAH hendak sampaikan....:

"Kami bukan berTuhankan wang ringgit, duit, harta mahupun pangkat...kami berTuhankan Allah s.w.t dan kami berikrar akan mati dalam perjuangan"

Dengan ini, kami seluruh warga TENTERA MERAH sedia berkhidmat dan kami menyokong penuh PAS untuk menggantikna Umno seperti yang telah dilancarkan pada Program PAS ganti Umno peringkat Negeri Johor di Markaz Pas Sungai Tongkang Rengit pada 22 Mei 2011,,,insyaALLAH tanpa segan dan silu PAS dan Pakatan Rakyat akan mentadbir JOHOR....


~Beramal kerana ALLAH~













Tuesday, May 24, 2011

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kali-1

Tempat : Markaz PAS Simpang Renggam
Masa : 9.30 malam
Tarikh : 18 Mei 2011

Objektif : Merangka organisasi Jabatan Amal Johor

Alhamdulillah pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Johor telah berjaya mengadakan mesyuarat yang pertama dengan kehadiran seramai 17 orang dari seluruh pelusuk Johor tercinta.

Majlis dimulakan dengan pembukaan Ummul Kitab, dan kelazimannya sedikit tazkirah sebagai kekuatan dalaman agar Tentera Merah digeruni dan diblacklist oleh pihak musuh...bukan sahaja daripada "political view" tetapi sebagai "Jundullah" yang sangat-sangat menjadi bualan musuh.

Mengalu-alukan kehadiran Timbalan Pengarah Jabatan Amal Pusat Saudara Jahid, juga kepada Pengarah Amal Negeri Saudara Zaki Bin Abdul Kadir.

Antaranya agenda terpenting sepanjang mesyuarat tersebut adalah pembahagian Jabatan Amal Johor mengikut Zon, bagi menyelaras dan menjadikan pengurusan menjadi lebih teratur dan bersistematik.

Majlis diakhiri dengan sebulat suara bahawa, TENTERA MERAH tidak gentar dan takut, kami bersedia mati untuk Islam...kami akan membantu menawan Johor daripada kezaliman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

~Beramal kerana Allah~

Organisasi Amal Sesi 2011/2013

Penaung : Ketua Pemuda PAS Pusat

Penasihat : Ketua Pemuda PAS Negeri Johor

Pengarah Amal : Saudara Mohamad Zaki Bin Abdul Kadir.

Timbalan 1 : Saudara NorAzreen Bin Sakib.

Timbalan 2 : Ustaz Deris Bin Jiat.

Timbalan 3 : Saudara Ayub Bin Sulaiman.

Timbalan 4 : Saudara Solahuddin Bin Salleh.

Setiausaha : Saudara Muhammad Faizal Bin Abdul Rahim.

Bendahari : Saudara Tn Hj Ismail Bin Sameon.

KOR TUGAS-TUGAS KHAS

-Ayub Bin Said

KOR EKONOMI

-En Razali Abd Hamid

-En Hj Zaidi Bin Rahmat

KOR TARBIYYAH/MOTIVASI

-Ustaz Fairuz Tamji

-Ustaz Mohammad

-Ustaz Rashid

KOR LATIHAN/TEKNIKAL

-Mohd Khairul Nor Muhammad

KOR PENERBITAN

-Ahmad Tarmizi Bin Abdullah

-Muhammad Faizal Abdul Rahim

KOR SUKAN/REKREASI

-Mohd Zin Bin Masrom

-Azmi Bin Ahmad

KOR KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

-NorAmalatul Akmal Bin Sakib

KOR BRIDGET/KADET AMAL

-Mohd Isa Mad Som

-En Kamaruddin Bin Kepol

KEBAJIKAN

-Laili Masran

-Taufiq Hussin

KOR LOGSITK

-Ayub Bin Omar

Naik Taraf Blog Jabatan Amal Johor

Untuk makluman, blog Jabatan Amal Johor sedang di naiktaraf dalam memainkan perananya sebagai wadah penyebaran maklumat dikalangan masyarakat. Justeru beberapa penambahbaikan telah dilakukan. Pengunjung-pengunjung boleh mengakses ke halaman ini melalui alamat,

www.unitamaljohor.co.cc

yang lebih ringkas dan mudah. Walaubagaimanapun, alamat sedia ada unitamaljohor.blogspot.com tetap boleh dilgunakan.

Fungsi share Facebook juga telah diwujudkan yang mana dapat memberi peluang kepada pengunjung berkongsi maklumat dan informasi di akaun facebook masing-masing.

Keprihatinan pihak pengunjung-pengunjung insyAllah dapat menyumbang perkembangan informasi di kalangan masyarakat khususnya yang Johor Darul Ta'zim.

Tuan/Puan dialukan mengisi ruangan aduan/cadangan untuk penambahbaikan blog ini.

~Admin