Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan kehendakNYA...
Jabatan Amal Johor berjaya menjalankan program pertama yang telah dirangka untuk sesi kali ini....
Latihan kawad pada 12/6/2011, telah menunjukkan respon yang begitu memberangsangkan apabila sekitar 35 ahli Jabatan Amal berjaya melaporkan dari segenap pelusuk Johor...
Antara perkara yang diajar adalah asas kawad, tabik hormat dan keluar baris...walaupun ianya nampak mudah, tetapi jika keserasian antara briget tiada, maka ia ibarat seperti "main pondok-pondok",,,
Kita ingin melahirkan briget yang betul2 berkualiti dan mantap, yang menjiwai setiap hentakan kaki, yang berhimpun dengan tujuan dan matlamat yang jelas...
Di akhir sesi, Pengarah Amal Negeri telah memberikan sedikit taklimat...bahawa "Jabatan Amal akan sahut cabaran untuk pertandingan kawad sempena sambutan Amal 2 dekad"...Jabatan Amal Johor tidak akan gentar untuk berhadapan dengan Jabatan-jabatan dari negeri lain...
Pengarah juga memberitahu, latihan ulangan adalah pada 18/6/2011, tempat dan masa yang sama. Ayuh, kita bersatu demi Islam dan rapatkan saff serta kuatkan iman...insyaALLAH MALAYSIA akan kita gegarkan...!!!!!!!!!