Thursday, June 29, 2006

Tips Keselamatan 3

Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.
Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.
Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.
Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.
Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.

Wednesday, June 28, 2006


Makan Malam AMAL
Bersama Tn. Hj. Mohammad Sabu
10.7.2006
D Sg. Lurus ,Senggarang Batu Pahat Johor
Kupon Rm 5 Sebagai sumbangan anda kepada
Jabatan Amal Johor
Hubungi Segera 0197864897

Tuesday, June 27, 2006

Tips Keselamatan 2

Kepala anak-anak tersayang perlu dilindungi daripada sebarang kejadian. Sebagai ibubapa yang dianugerahkan cahaya mata, anda diamanahkan tanggungjawab untuk mendapatkan topi keledar untuk mereka.

Topi keledar tidak harus terasa longgar pada kepala anak anda. Jangan pasal nak menjimatkan wang, nyawa anak tergadai. Pastikan topi keledar betul-betul menepati saiz kepala anak anda.

Seorang kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya menaiki motosikal tanpa topi keledar – tapi sebagai ibubapa, anda harus menyedarinya. Lindungi lah mereka dengan topi keledar.

www.PanduCermat.org.my

Monday, June 26, 2006

Tips Keselamatan

Tahukah anda topi keledar diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon pada bahagian luarannya, dan polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran pada sebelah dalamannya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran?
Tahukah anda setiap topi keledar yang bermutu telah melalui ujian terperinci sebelum dijual kepada anda?
Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda – kalau anda memasang kancingnya. Sebab kalau anda tidak mengikatnya, topi keledar yang terbaik pun tidak dapat menyelamatkan anda.
Jadi, bila-bila saja anda menaiki motosikal, walaupun cuma ke kedai di hujung jalan untuk membeli ais krim - pastikan topi keledar anda dipasang dengan cermat betul

Monday, June 19, 2006

Kem Motivasi Pelajar 2006 Sri Gading



sila klik gambar untuk besarkan lagi


Unit amal DPP sri gading telah berjaya mengadakan satu program motivasi yang bertempat di Mardi Kluang pada 16-18 Jun 2006. Peserta motivasi kali ini adalah seramai 85 orang, sasaran pelajar ialah tingkatan 3 , dan 4. Unit Amal Sri Gading ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Sdr Johari (Ketua Lajnah Pembangunan Pelajar ), Sdr NoorKhalim hj Sakib ( Ketua Jabatan Amal Johor) kerana sudi hadir dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program itu. Semoga Allah akan merahmati kita semua didunia dan akhirat - oleh tanpanama

Wednesday, June 14, 2006

Ulama minta k’jaan kaji semula amalan kongsi raya

PEMERHATI_PBB menulis "Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di Ipoh meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata ia perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain, merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. "Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan," katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan hari ini. Menurut laporan Bernama, muzakarah itu turut merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, kerajaan pusat serta Majlis Raja-raja. Harussani, yang juga Mufti Perak, berkata antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis sebarang hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam. Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal terutama menerusi internet. "Saya juga difahamkan pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini," kata Harussani. Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan melibatkan pelbagai pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai agama Islam serta memahami pandangan penganut agama lain
Petikan : Malaysiakini.com"

Tuesday, June 13, 2006

Peserta baru melepasi halangan yang pertama bukit semput. Kelihatan ramai peserta tersemput. terdapat 2 peserta yang hampir pengsan
Dari kanan berdiri berbaju putih Ust Mohd Nor Bin Omar, moderator kami.



Gambar kenangan di puncak gunung ledang. Kami telah bersama-sama takbir dan menyanyikan lagu Alamalulillah..

Monday, June 12, 2006

Tips keselamatan di bilik kanak-kanak

KETIKA menghias bilik anak terutama bayi perkara penting perlu diambil kira ialah keselamatan mereka dan barulah beralih kepada pemilihan kemasan dinding selain perhiasan yang dapat merangsang fikiran bayi. Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang. Selain itu, pastikan keselamatan yang diambil mengikut peringkat perkembangan minda kanak-kanak dan bukan berdasarkan usia saja:-
* Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya.
* Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya. Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.
* Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji.
* Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya matahari terus.
* Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.
* Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.
* Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelakkan kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak jubin yang pecah.
* Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak, sebaliknya lebih sesuai menggunakan lampu kalimantang atau lampu dinding yang boleh dikawal cahayanya.
* Elakkan daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.
* Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan. Letak katil di penjuru sudut yang dipagari dinding sebagai langkah keselamatan tambahan.
* Peti menyimpan permainan sangat berbahaya bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Jika menggunakannya pastikan peti itu tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.
* Permainan elok disusun di lantai supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.
* Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.
* Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak.
* Elak meletak perhiasan kaca di atas meja beralas kerana kemungkinan besar mereka akan menarik alas itu menyebabkan perhiasan jatuh dan pecah sekali gus mengundang bahaya.
* Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.
* Pastikan perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan. Jika boleh, susun peti penyimpanan barang, rak buku dan almari rapat ke dinding.
* Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur.
* Berhati-hati dengan punca elektrik. Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.
* Jika mempunyai wang lebih, boleh pasangkan alat pencegah kebakaran di bilik kanak-kanak anda.
Utamakan Keselamatan