Friday, November 12, 2010

Misi Kemanusiaan Banjir Kedah 2010

Kami sentiasa menghulurkan bantuan, tanpa perlu liputan dari TV3!!

Lagi laporan di sini & sini

















Beramal Kerana Allah

Saturday, October 23, 2010

Jambori Amal Johor 2010 | 4x4 Endau-Rompin

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat, berkat dan keizinannya, program Jambori 2010 yang telah diadakan di tengah-tengah hutan Endau-Rompin berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.


Perjalanan yang penuh berliku, melalui jalan-jalan pembalakan, lopak-lopak air dan bukit-cerun yang curam, berjaya ditempuh oleh semua peserta dengan kenderaan pacuan 4 roda (4WD) masing-masing.

Pelbagai aktiviti disajikan kepada semua peserta, perkhemahan, sukan air, explorace dan masakan survival memastikan anggota-anggota amal siap dengan kemahiran teknikal & asas untuk menjadi anggota-anggota yang berkemahiran dan berkebajikan di kalangan masyarakat di luar sana.

Pengarah program, Saudara Mohd Zaki, dengan jayanya dapat memastikan Jambori ini berjalan dengan lancar. Turut sama-sama memeriahkan Jambori, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil disertai juga beberapa exco DPPNJ.





Islam untuk semua, ke arah negara berkebajikan.

Wednesday, October 13, 2010

Jambori Amal Johor 2010

Mengumumkan Jambori Amal Johor : Amal Kembara Offroad 4x4

Bagi yang berminat boleh menghubungi Pengarah Amal kawasan masing-masing.

Penyertaan adalah terhad !! Siapa cepat dia dapat.

Beramal Kerana Allah

Friday, August 13, 2010

Tamrin Amal 2010

Salam Ramadhan, Ramadhan Karim,

Jabatan Amal Negeri Johor bersempena bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak akan mengadakan Tamrin Amal yang bertempat di Markaz PAS Kawasan Sri Gading bermula Sabtu petang, 14hb Ogos 2010. Pengisian yang pelbagai terdiri daripada tarbiyah, kerohanian & kemahiran asas menanti para peserta. Yuran penyertaan bagi setiap wakil kawasan hanya RM50 sahaja.

Peluang masih ada.

~ Beramal kerana Allah

Friday, August 06, 2010

Jambatan Dakwah Siri 1

Alhamdulillah, dengan rahmat dan izinNya, Jabatan Amal Johor sebagai duta penyelamat dan kasih sayang telah berjaya membina jambatan ukhwah kepada penduduk kampung Tanah Gembur, sebuah perkampungan orang asli di kaki Gunung Ledang.

Program yang diketuai saudara Zaki (Timbalan Pengarah 3) telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan anggota Amal dan penduduk-penduduk di sana juga.

Program diserikan dengan persembahan tarian tradisional, pertandingan menyumpit dan pemberian buah tangan kepada penduduk.




Banyak lagi gambar-gambar dalam boleh didapati dalam Facebook ahli-ahli. Sekian.

Monday, May 24, 2010

Peti Cadangan / Aduan

Sila klik pada pautan "Post a comment" Terimakasih kerana tingalkan Cadangan.

Tuesday, March 30, 2010

GOTONG ROYONG DENAI PINGGIRAN







Denai Pinggilran, Kempas Johor : 27 mac 2010 Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Jabatan Amal Johor Zon Selatan terdiri dari 6 kawasan ( Kulai, Gelang Patah, Johor Baharu, Pontian, Pasir Gudang dan Tebrau) telah mencurahkan tenaga untuk membantu penduduk Denai Pinggiran Kempas ,Johor didalam kerja gotong-royong pemindahan barang-barang rumah ke penempatan baru.
Kerja-kerja amal tersebut telah diketuai oleh Sdr. Mohd. Zaki Abd. Kader yang juga Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Johor.
Semoga penduduk Denai Pinggiran yang terlibat sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa bersabar didalam dugaan yang dialami. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada PAR (Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas) yang diketuai oleh Sdr.
Suhaizan Kayat telah bersungguh-sungguh didalam membela nasib penduduk yang terlibat.
Semoga Allah sentiasa bersama kalian.
Beramal Kerana Allah

Sunday, March 07, 2010

Konvensyen Amal Kebangsaan Pertama 2010






Ucapan Perasmian oleh Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi

Diadakan di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai, Kuala Terengganu


Kawad kaki oleh Briged Amal


Berikut adalah sedikit sedutan/isi-isi daripada Konvensyen Amal yang telah diadakan;

Ucapan Perasmian daripada Ketua DPP Pusat
1) Beri nilai tambah; iaitu dengan mengandaikan organisasi jabatan Amal kini dan sebelumnya berada dalam masalah dan kepincangan yang mana dengan itu, usaha perlu dilakukan untuk memburu kesempurnaan, untuk memberi sesuatu yang lebih baik kepada jabatan Amal keseluruhannya.
2) Konvensyen ini menjadi satu medan muhasabah di kalangan penggerak-penggerak Amal untuk menghadapi cabaran akan datang dari pelbagai sudut.
3) Berasa bersyukur dengan sumbangan orang-orang terdahulu yang "melahirkan" unit Amal, merintis jalan sehingga sehebat sekarang.
4) Anggota-anggota Amal sekarang perlu proaktif mencipta sejarah sendiri untuk diteladani dan dicontohi generasi akan datang.
5) Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang, pergerakan sewajarnya lebih baik dari dulu, dan strategi perlu diatur untuk mencambah pemikiran menjadi yang lebih baik.
6) Jabatan Amal sewajarnya lebih banyak bertindak dari bercakap sesuai dengan namanya Amal.
7) Dalam berorganisasi, teguran yang membina dialu-alukan bukan teguran yang menjatuhkan.
8) Maksud Amal perlu diperhalusi dengan imejnya yang sebenar, konsepnya perlu difahami supaya segala bentuk amalan selari dengan kehendak Islam.
9) Persepsi terhadap Jabatan Amal tidak wajar dikaitkan dengan sesuatu yang jumud sebaliknya ianya perlulah gah.
10) Seperti rakyat mengenali polis dalam soal keselamatan, Jabatan Amal sepatutnya berada di setiap minda rakyat khusus dalam aspek kebajikan.
11) Lagu Amal yang dinyanyikan sedikit sebanyak menjadi ingatan untuk khidmat kita di jalan Allah, sentiasa berpandukan Allah dan syariatnya, yang mana menjadi satu prinsip dan pegangan untuk dihayati dan diamalkan.
12) Halatuju selepas ini perlu untuk memikirkan segala bentuk aktiviti yang pelbagai yang mencakupi segenap lapisan umur.
13) Kemenangan PAS secara praktiknya disumbang oleh keterlibatan Jabatan Amal dalam memberi peranan yang mempunyai banyak fungsi.
14) Sesungguhnya orang menilai kepimpinan, fokus harus diberi untuk memantapkan institusi kepimpinan, kaedah harus dicari dan diselidiki untuk mengekalkan kemantapan kepimpinan.
15) Pimpinan silih berganti, dan perjuangan itu kekal, yang mana pernah diceritakan apabila setelah wafat Rasulullah, siapakah pengganti nabi?..bahawa ketahuilah sesungguhnya menyembah Muhammad itu, baginda bertemu jua dengan kematian, tetapi menyembah Allah itu akan kekal selamnya.
16) Menilai pemimpin yang baik iaitu melihat anggotanya yang dengar dan taat.
17) Majlis dirasmi dengan Takbir! Allahuakbar.

Isu-isu perbahasan
Di antara isu-isu yang sempat diperbahaskan dalam konvensyen;
1) Berkaitan fungsi Jabatan Amal untuk kebajikan bukan mengambil alih tugas-tugas keselamatan. Perincian dalam aspek ini perlu diperhalusi kerana secara jelasnya fungsi keselamatan seakan menjadi satu daripada cabang khidmat Amal.
2) Soal baju baru sebagai menampilkan imej Jabatan Amal yang hampir 20 tahun berada di Malaysia.
3) Kebajikan anggota-anggota Jabatan Amal juga perlu diambil berat dan diambil perhatian. Insuran dicadangkan diberikan kepada anggota-anggota Amal. Modul dari Jabatan Amal Pahang akan dinilai untuk dilaksanakan.
4) Soal tarbiyah juga mendapat tempat.
5) Bridged Amal menjadi salah satu daripada cabang perkaderan. Merupakan satu peluang untuk menarik lebih ramai ahli mengenal Islam.
6) Perlu diketengahkan aktiviti-aktiviti Amal yang tidak sekadar tertakluk kepada kawad kaki sahaja kerana aktiviti kawad ini bukanlah sesuatu yang popular dan disukai ramai.
7) Memastikan Jabatan Amal terus berfungsi sebagai sebuah badan Amal kebajikan kepada masyarakat dan sukarelawan yang dipandang tinggi oleh semua pihak.

* Segala maklumat di atas yang mungkin kurang bertepatan harap dapat ditegur dan diperbetulkan. Maaf di atas segala kekurangan.

Disediakan oleh;
Timbalan Pengarah 4,
Jabatan Amal Negeri Johor

Beramal Kerana Allah

Futsal Bersama Ketua DPP Johor

Keanjalan versi dakwah pada masa kini memungkinkan lebih ramai lagi remaja dan pemuda menyertai organisasi Islam. Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS negeri Johor melalui lujnah sukannya mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan persahabatan ukwah di antara pimpinan pemuda negeri dengan pemuda-pemuda kawasan.

Pada 3 Mac yang lalu, perlawanan futsal telah diadakan dengan di Arena Futsal, Jalan Hj Abdullah, Bakri dengan penyertaan sahabat-sahabat pemuda sekitar daerah Muar.

Gambar kenangan bersama-sama selepas tamat permainan.

Sesi taklimat dan taaruf selepas permainan.

Sesi membasah peluh

Beramal Kerana Allah

Sunday, February 07, 2010

Kursus Kejurulatihan Amal Malaysia

16 & 17hb Jan 2010
Sg. Udang, Melaka.







6 orang pelatih dari Johor ditauliahkan kepakaran mereka dalam Kursus Kejurulatihan Jab. Amal bertempat di Sungai Udang, Melaka. Kursus dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Kejurulatihan Kawad Kaki dan Kejurulatihan Teknikal.

~ Oleh fuseBlow!