Sunday, March 07, 2010

Konvensyen Amal Kebangsaan Pertama 2010






Ucapan Perasmian oleh Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi

Diadakan di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai, Kuala Terengganu


Kawad kaki oleh Briged Amal


Berikut adalah sedikit sedutan/isi-isi daripada Konvensyen Amal yang telah diadakan;

Ucapan Perasmian daripada Ketua DPP Pusat
1) Beri nilai tambah; iaitu dengan mengandaikan organisasi jabatan Amal kini dan sebelumnya berada dalam masalah dan kepincangan yang mana dengan itu, usaha perlu dilakukan untuk memburu kesempurnaan, untuk memberi sesuatu yang lebih baik kepada jabatan Amal keseluruhannya.
2) Konvensyen ini menjadi satu medan muhasabah di kalangan penggerak-penggerak Amal untuk menghadapi cabaran akan datang dari pelbagai sudut.
3) Berasa bersyukur dengan sumbangan orang-orang terdahulu yang "melahirkan" unit Amal, merintis jalan sehingga sehebat sekarang.
4) Anggota-anggota Amal sekarang perlu proaktif mencipta sejarah sendiri untuk diteladani dan dicontohi generasi akan datang.
5) Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang, pergerakan sewajarnya lebih baik dari dulu, dan strategi perlu diatur untuk mencambah pemikiran menjadi yang lebih baik.
6) Jabatan Amal sewajarnya lebih banyak bertindak dari bercakap sesuai dengan namanya Amal.
7) Dalam berorganisasi, teguran yang membina dialu-alukan bukan teguran yang menjatuhkan.
8) Maksud Amal perlu diperhalusi dengan imejnya yang sebenar, konsepnya perlu difahami supaya segala bentuk amalan selari dengan kehendak Islam.
9) Persepsi terhadap Jabatan Amal tidak wajar dikaitkan dengan sesuatu yang jumud sebaliknya ianya perlulah gah.
10) Seperti rakyat mengenali polis dalam soal keselamatan, Jabatan Amal sepatutnya berada di setiap minda rakyat khusus dalam aspek kebajikan.
11) Lagu Amal yang dinyanyikan sedikit sebanyak menjadi ingatan untuk khidmat kita di jalan Allah, sentiasa berpandukan Allah dan syariatnya, yang mana menjadi satu prinsip dan pegangan untuk dihayati dan diamalkan.
12) Halatuju selepas ini perlu untuk memikirkan segala bentuk aktiviti yang pelbagai yang mencakupi segenap lapisan umur.
13) Kemenangan PAS secara praktiknya disumbang oleh keterlibatan Jabatan Amal dalam memberi peranan yang mempunyai banyak fungsi.
14) Sesungguhnya orang menilai kepimpinan, fokus harus diberi untuk memantapkan institusi kepimpinan, kaedah harus dicari dan diselidiki untuk mengekalkan kemantapan kepimpinan.
15) Pimpinan silih berganti, dan perjuangan itu kekal, yang mana pernah diceritakan apabila setelah wafat Rasulullah, siapakah pengganti nabi?..bahawa ketahuilah sesungguhnya menyembah Muhammad itu, baginda bertemu jua dengan kematian, tetapi menyembah Allah itu akan kekal selamnya.
16) Menilai pemimpin yang baik iaitu melihat anggotanya yang dengar dan taat.
17) Majlis dirasmi dengan Takbir! Allahuakbar.

Isu-isu perbahasan
Di antara isu-isu yang sempat diperbahaskan dalam konvensyen;
1) Berkaitan fungsi Jabatan Amal untuk kebajikan bukan mengambil alih tugas-tugas keselamatan. Perincian dalam aspek ini perlu diperhalusi kerana secara jelasnya fungsi keselamatan seakan menjadi satu daripada cabang khidmat Amal.
2) Soal baju baru sebagai menampilkan imej Jabatan Amal yang hampir 20 tahun berada di Malaysia.
3) Kebajikan anggota-anggota Jabatan Amal juga perlu diambil berat dan diambil perhatian. Insuran dicadangkan diberikan kepada anggota-anggota Amal. Modul dari Jabatan Amal Pahang akan dinilai untuk dilaksanakan.
4) Soal tarbiyah juga mendapat tempat.
5) Bridged Amal menjadi salah satu daripada cabang perkaderan. Merupakan satu peluang untuk menarik lebih ramai ahli mengenal Islam.
6) Perlu diketengahkan aktiviti-aktiviti Amal yang tidak sekadar tertakluk kepada kawad kaki sahaja kerana aktiviti kawad ini bukanlah sesuatu yang popular dan disukai ramai.
7) Memastikan Jabatan Amal terus berfungsi sebagai sebuah badan Amal kebajikan kepada masyarakat dan sukarelawan yang dipandang tinggi oleh semua pihak.

* Segala maklumat di atas yang mungkin kurang bertepatan harap dapat ditegur dan diperbetulkan. Maaf di atas segala kekurangan.

Disediakan oleh;
Timbalan Pengarah 4,
Jabatan Amal Negeri Johor

Beramal Kerana Allah

No comments: