Tuesday, October 23, 2007

Muar dilanda banjir teruk, Unit Amal PAS beri bantuan segera

TERKINI! MUAR, 22 Okt (Hrkh) - Hujan lebat berterusan selama empat jam mengakibatkan banjir kilat melanda tiga buah kampung dekat sini, memaksa penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Setakat ini, lebih 50 orang dari beberapa keluarga telah dipindahkan ke Pasti Parit Jawa berikutan pusat pemindahan banjir agak lewat dibuka pihak berkenaan.

Unit Amal PAS Kawasan Muar bertindak pantas menyelamatkan keluarga terbabit dan membekalkan bantuan makanan serta menyiapkan sarapan pagi untuk mangsa-mangsa terbabit sementara menunggu bantuan kerajaan.

Tiga buah kampung terbabit adalah Kampung Payar Lebar, Kampung Parit Shafie dan Kampung Parit Salman.

Harakahdaily difahamkan kawasan perkampung ini tidak terbabit dalam banjir besar yang melanda Johor tahun lalu dan dianggap antara kawasan penempatan yang selamat.

Bagaimanapun, hujan lebat sejak beberapa hari lepas membimbangkan penduduk.

Kampung-kampung terbabit mengalami banjir kilat yang agak teruk kerana air naik mendadak sehingga ke paras 1.5 meter dan di sesetengah kawasan air naik hingga ke tahap pinggang.

Berita lanjut menyusul. - mr

www.harakahdaily.net



Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

SALAM AIDIL FITRI
Maaf Zahir Batin
Ahli Lembaga Pengarah
Jabatan Amal DPPN Johor

Monday, September 10, 2007

Unit Amal Air Hitam Bertugas Di Sukaneka PASTI Air Hitam

Sebahagian ahli Unit Amal Kawasan Air Hitam yang bertugas semasa Sukaneka Tahunan yang dianjurkan oleh PASTI Kawasan Air Hitam. Turut membantu ialah Saudara Noor Khalim bin Sakib, Pengarah Unit Amal Johor.

Sdr Isa bin Mat Som sedang berbincang dengan beberapa orang sahabat untuk mengendalikan acara untuk ibubapa yang hadir.
Sdr Noor Khalim menyertai acara melastik tin. Tetapi beliau gagal mendapat sebarang hadiah.

Monday, August 13, 2007

Tuan Haji Sakib : Pemimpin Veteran Yang Banyak Memberi Sokongan


Ayahanda Tuan Haji Sakib bin Manan seorang pemimpin veteran yang sangat disegani. Walaupun usia beliau sudah menjangkau 70an tetapi banyak memberi semangat dan galakan kepada Unit Amal di Johor. Anak- anak Tuan Haji Sakib merupakan antara penggerak Unit Amal. Gambar ini diambil semasa Himpunan Pilihanraya di Parit Bisu baru- baru ini. Beliau meluangkan masa melayan kerenah anak- anak muda Unit Amal di khemah kami. Banyak yang saya pelajari dari Tuan Haji Sakib tentang perjuangan ini.

Ramai lagi tokoh- tokoh yang akan kami siarkan dari semasa ke semasa.


- Catitan Anuar Kamil, Penolong Ketua Penerangan, Unit Amal Johor

Saturday, January 27, 2007

Rombongan Dari Kelantan















Batu Pahat, 27 Januari - Negeri Johor menerima kunjungan Rombongan besar-besaran daripada kerajaan Kelantan semalam. Rombongan Misi bantuan banjir itu diketuai oleh Datin Tuan Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Anggota rombongan adalah seramai hampir 250 orang melibatkan lebih 50 kenderaan pelbagai jenis. Rombongan ini tiba di Tol Yong Peng pada 5 pagi 26hb januari. Rombongan ini seterusnya di bawa ke Sri Medan Batu Pahat.


Selepas itu, rombongan ini diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan untuk bertugas di kawasan yang dipilih. Rombongan ini berkampung di Johor selama 2 hari.

Misi Bantuan Banjir ini adalah susulan inisiatif kerajaan Kelantan setelah menyumbangkan sebanyak RM 1 Juta bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat Johor.

Rombongan ini dijangka bertolak pulang ke Kelantan pada petang ini. -UAJ