Sunday, February 07, 2010

Kursus Kejurulatihan Amal Malaysia

16 & 17hb Jan 2010
Sg. Udang, Melaka.







6 orang pelatih dari Johor ditauliahkan kepakaran mereka dalam Kursus Kejurulatihan Jab. Amal bertempat di Sungai Udang, Melaka. Kursus dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Kejurulatihan Kawad Kaki dan Kejurulatihan Teknikal.

~ Oleh fuseBlow!

Thursday, December 17, 2009


Nota Ringkas Oleh Bendalir

Tanggal keramat 13 Disember yang lalu telah menyatukan Sdr. Saiful Hidayat Mat Radhi (Penolong Setiausaha Jabatan Amal Johor) dengan pasangannya didalam majlis ringkas dan santai.. Selamat Pengantin Baru diucapkan .. Moga sentiasa di iringi keberkatan dan teruskan perjuangan.

Saturday, November 14, 2009

Persembahan Nasyid Jabatan Amal Johor



Persembahan ini diadakan bersempena malam persembahan Jambori Amal Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini di Sungai Besar, Selangor.

Beramal Kerana Allah

Wednesday, November 11, 2009

Sumbangan Takaful Amal

TONGKANG PECAH 9 November 2009 - Jam 4.30 petang semalam Jabatan Amal negeri Johor melalui skim Takaful Amal yang ditubuhkan telah menyampaikan wang sumbangan Takaful sebanyak sebelas ribu ringgit kepada puan Rosmah Misran balu kepada Allahyarham Angetarian Sairi (Naib YDP) Sri Gading (SG) yang telah kembali kerahmatullah kerana terkene kejutan elektrik di tempat beliau bertugas... selanjutnya

~ Beramal kerana Allah

Friday, November 06, 2009

Jambori Amal Kebangsaan 2009

Seramai 56 orang peserta daripada Kontinjen Jabatan Amal Johor menyertai Jambori Amal Kebangsaan yang ke-17 yang diadakan di Sungai Nibong, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.



Beramal Kerana Allah

Thursday, August 20, 2009

Jambori Amal Johor 2009

Alhamdulillah, Jabatan Amal Negeri Johor pada tahun ini telah pun berjaya menganjurkan Jambori Amal Negeri yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 14hb Ogos hingga 16hb Ogos yang lalu. Walaupun sedikit diuji dengan masalah tempatan, berkat kecekalan hati dan keikhlasan menabur bakti kepada masyarakat, Jambori Amal Negeri Johor tetap terus berlangsung dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan.











Hingga bertemu di Jambori Kebangsaan nanti.