Saturday, October 23, 2010

Jambori Amal Johor 2010 | 4x4 Endau-Rompin

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat, berkat dan keizinannya, program Jambori 2010 yang telah diadakan di tengah-tengah hutan Endau-Rompin berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.


Perjalanan yang penuh berliku, melalui jalan-jalan pembalakan, lopak-lopak air dan bukit-cerun yang curam, berjaya ditempuh oleh semua peserta dengan kenderaan pacuan 4 roda (4WD) masing-masing.

Pelbagai aktiviti disajikan kepada semua peserta, perkhemahan, sukan air, explorace dan masakan survival memastikan anggota-anggota amal siap dengan kemahiran teknikal & asas untuk menjadi anggota-anggota yang berkemahiran dan berkebajikan di kalangan masyarakat di luar sana.

Pengarah program, Saudara Mohd Zaki, dengan jayanya dapat memastikan Jambori ini berjalan dengan lancar. Turut sama-sama memeriahkan Jambori, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil disertai juga beberapa exco DPPNJ.





Islam untuk semua, ke arah negara berkebajikan.

Wednesday, October 13, 2010

Jambori Amal Johor 2010

Mengumumkan Jambori Amal Johor : Amal Kembara Offroad 4x4

Bagi yang berminat boleh menghubungi Pengarah Amal kawasan masing-masing.

Penyertaan adalah terhad !! Siapa cepat dia dapat.

Beramal Kerana Allah

Friday, August 13, 2010

Tamrin Amal 2010

Salam Ramadhan, Ramadhan Karim,

Jabatan Amal Negeri Johor bersempena bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak akan mengadakan Tamrin Amal yang bertempat di Markaz PAS Kawasan Sri Gading bermula Sabtu petang, 14hb Ogos 2010. Pengisian yang pelbagai terdiri daripada tarbiyah, kerohanian & kemahiran asas menanti para peserta. Yuran penyertaan bagi setiap wakil kawasan hanya RM50 sahaja.

Peluang masih ada.

~ Beramal kerana Allah

Friday, August 06, 2010

Jambatan Dakwah Siri 1

Alhamdulillah, dengan rahmat dan izinNya, Jabatan Amal Johor sebagai duta penyelamat dan kasih sayang telah berjaya membina jambatan ukhwah kepada penduduk kampung Tanah Gembur, sebuah perkampungan orang asli di kaki Gunung Ledang.

Program yang diketuai saudara Zaki (Timbalan Pengarah 3) telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan anggota Amal dan penduduk-penduduk di sana juga.

Program diserikan dengan persembahan tarian tradisional, pertandingan menyumpit dan pemberian buah tangan kepada penduduk.




Banyak lagi gambar-gambar dalam boleh didapati dalam Facebook ahli-ahli. Sekian.

Monday, May 24, 2010

Peti Cadangan / Aduan

Sila klik pada pautan "Post a comment" Terimakasih kerana tingalkan Cadangan.

Tuesday, March 30, 2010

GOTONG ROYONG DENAI PINGGIRAN







Denai Pinggilran, Kempas Johor : 27 mac 2010 Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Jabatan Amal Johor Zon Selatan terdiri dari 6 kawasan ( Kulai, Gelang Patah, Johor Baharu, Pontian, Pasir Gudang dan Tebrau) telah mencurahkan tenaga untuk membantu penduduk Denai Pinggiran Kempas ,Johor didalam kerja gotong-royong pemindahan barang-barang rumah ke penempatan baru.
Kerja-kerja amal tersebut telah diketuai oleh Sdr. Mohd. Zaki Abd. Kader yang juga Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Johor.
Semoga penduduk Denai Pinggiran yang terlibat sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa bersabar didalam dugaan yang dialami. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada PAR (Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas) yang diketuai oleh Sdr.
Suhaizan Kayat telah bersungguh-sungguh didalam membela nasib penduduk yang terlibat.
Semoga Allah sentiasa bersama kalian.
Beramal Kerana Allah