(Petikan Dari Blog Pemuda Wilayah)
Kuala Lumpur, 8 Mac 2008: Lewat malam tadi, 7 orang dari 8 orang yang ditahan dalam Himpunan Memansuhkan PPSMI telah dibebaskan. Menurut Inspektor Lokman, seorang lagi masih ditahan di bali Polis Dang Wangi.
Jam 10 pagi tadi, pihak Polis telah mendapatkan arahan tahanan reman dari Majistret ke atas Laili Masran, 45 tahun seorang petugas UnitAmal dari Johor. Beliau ditahan selama 2 hari untuk siasatan kerana dituduh menyertai perarakan aman Memansuhkan PPSMI dan menghalang penjawat awam (Polis) menjalankan tugas dibawah Akta Polis Seksyen 127.
Menurut peguam Zulkarnain Lokman yang mewakili Laili, anak guamannya itu mengadu dipukul polis hingga menyebabkan terdapat benjolan dikepalanya dan turut merasa kesakitan didada. Peguam telah memohon kepada mahkamah untuk membenarkan anak guamnya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.
Laili dijangka dibebaskan petang jam 3.30 petang esok di Balai Polis Dang Wangi. Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda Pas Wilayah yang turut hadir di Mahkamah meminta agar penyokong dan petugas amal hadir bagi menyambut beliau pada esok petang.
No comments:
Post a Comment