Sunday, September 17, 2006

GAMBAR SEMASA MENYERTAI JAMBORI UNIT AMAL KEBANGSAAN DI NEGERI SABAH

Persembahan Khas daripada Unit Amal Johor yang diketuai oleh Sdr Mohd Fauzi pada malam kesenian.
Pengarah Unit Amal Johor, Sdr Nor Khalim dan sahabat- sahabat dari Johor sedang menganjurkan suatu acara kepada penduduk sebuah kampung di Sabah.


Ahli- ahli Unit Amal Johor yang menyertai Jambori Unit Amal Kebangsaan bergambar di hadapan sebuah surau di Sabah baru- baru ini.


Wednesday, August 16, 2006





Tahniah Kepada Ahli Unit Amal Johor Dari Kawasan Pontian Yang Berjaya Mendaki Gunung Pulai, Pontian Baru - baru Ini.

Wednesday, July 26, 2006


Anggota FRU dan dan Unit Amal bersama- sama menjaga keselamatan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa golongan Yahudi tidak boleh mematikan agama Islam walaupun telah berjaya mendirikan negara haram Israel.Katanya, walaupun mereka dibekalkan dengan segala kekayaan harta dan senjata yang paling moden oleh seluruh kumpulan Yahudi di dunia dan kumpulan negara umat Islam yang bersekongkol dengannya, namun mereka tidak boleh memadamkan cahaya Islam.
Ini, katanya menunjukkan kebenaran sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa terdapat di kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan golongan Yahudi.
“Hari ini Allah mendedahkan kepada kita siapa yang benar-benar dalam cahaya Islam dan siapa yang terpengaruh dengan Yahudi laknatullah,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, baru-baru ini.
Beliau turut membaca qunut nazilah semasa solat Jumaat dan mengimami solat hajat selepas itu memohon Allah melindungi umat Islam Palestin daripada kezaliman Yahudi.
Katanya, musuh-musuh Islam tidak menduga berlakunya kebangkitan semula umat Islam sekarang setelah mereka merosakkan pemikiran dan memusnahkan ekonomi serta politik umat Islam.
“Tiba-tiba muncul kumpulan Islam yang berjaya menegakkan Islam di bumi Palestin di atas nama Islam, Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) untuk mengembalikan syariat Allah di bumi Palestin,” ujarnya.
Menurutnya, keadaan itu berlaku setelah umat Islam negara itu kecewa dengan golongan sekular yang kononnya mendapat bantuan kuasa besar Timur dan Barat tetapi menipu mereka.
Katanya, golongan Yahudi berusaha untuk menghapuskan kumpulan Islam dibangkitkan oleh Allah itu dengan merompak harta, segala kegiatan dikepong dan pemimpin mereka ditangkap.
Bagaimanapun, tegasnya Allah melahirkan golongan yang mempertahankan Islam di mana-mana sehingga muncul kumpulan Hizbullah di Lubnan yang menggunakan senjata yang sederhana bagi menentang senjata Israel yang canggih.
Jelasnya, Allah telah mendedahkan di dalam al-Quran bahawa Yahudi adalah bangsa yang penakut.
Menurutnya, bangsa Yahudi tidak berani berperang di medan yang terbuka melainkan mereka di dalam kota-kota yang teguh, dalam kereta kebal yang kuat dan di dalam kubu-kubu di bawah tanah dengan menggunakan senjata jarak jauh.
“Hari ini Allah mengulangi sekali lagi mukjizat al-Quran sebenarnya mereka bangsa yang penakut dan Allah mendedahkan di kalangan umat Islam ada yang munafik dan lemah imannya, yang tidak percaya kepada pertolongan Allah,” ujarnya.
Beliau menambah, apa yang berlaku sekarang adalah ujian Allah untuk menapis umat Islam bagi membezakan di antara orang-orang yang benar-benar beriman atau berbohong serta mereka yang lemah iman.
“Jelas kepada kita negara-negara umat Islam sebahagian besarnya dipimpin oleh sama ada golongan munafik atau orang yang lemah imannya, bukan kuat iman,” katanya.
Ini, katanya menunjukkan umat Islam di seluruh dunia masih ada lagi orang-orang yang mempunyai keimanan yang kuat dan berpegang dengan agama Allah.
“Marilah kita membuat muhasabah diri dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini supaya kita bersama dengan kumpulan Islam,” ujarnya.

Wednesday, July 19, 2006



Gambar atas : Dato' Dr. Hj. Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor menyerahkan Memorandum Menentang Kumpulan Artikel 11 yang akan mengadakan forum di Johor Bahru.Kelihatan Pengarah Jabatan Agama Johor, Dato' Haji Mohd Zaini sedang meneliti dokumen yang diterima.
Gambar bawah : Memorandum juga dihantar kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani bin Othman. Walaubagaimanapun Memorandum hanya dapat diserahkan kepada wakil Menteri Besar.

Sunday, July 16, 2006

Kumpulan Artikel 11 Cuba Mencabar Umat Islam Di Johor

Kenyataan Rasmi Yang Dikeluarkan Dewan Pemuda PAS Johor

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mempertegaskan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan program yang bertujuan menghina Islam dan menghina undang-undang syariah secara langsung atau tidak langsung perlu dihentikan khususnya di negeri Johor kerana ia bakal mengundang perbalahan dan pertikaian sehingga memungkinkan perkara-perkara yang tidak diingin akan terjadiDPPNJ membuat kenyataan ini di atas sikap untuk memastikan bahawa agama Islam tidak diperlekehkan.
DPPNJ telah mendapat maklumat bahawa terdapat usaha-usaha yang sedang disusun oleh Kumpulan Artikel 11 iaitu kumpulan yang mengandungi 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengadakan program yang pernah diadakan di Pulau Pinang pada 14 Mei 2006 yang lalu. Program ini telah mendapat bantahan secara besar-besaran di hadapan Hotel Cititel, Penang Road oleh Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama – IFC (BADAI). DPPNJ dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Johor Bahru pada 22 Julai 2006 yang akan datang. Kehadiran Kumpulan Artikel 11 ini ke Johor membuktikan bahawa golongan ini langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam. Bagi menangani perkara ini, DPPNJ akan cuba menggunakan setiap saluran diplomasi yang ada untuk memastikan program ini terbatal.
DPPNJ juga akan berusaha untuk membuat bantahan secara rasmi dan mendesak agar Jabatan Agama Johor serta Dato’ Nooh Bin Gadut selaku Mufti Negeri Johor menyatakan pendirian mereka dan seterusnya menghalang kumpulan Artikel 11 daripada meneruskan agenda mereka.
DPPNJ juga mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Negeri Johor mengambil tindakan sewajarnya terhadap program ini. Terbukti bahawa ketika program ini diadakan di Pulau Pinang, tiada permit dikeluarkan oleh PDRM.DPPNJ bimbang sekiranya usaha secara diplomasi gagal untuk dicapai, umat Islam yang selama ini sangat bertolak ansur akan hilang pertimbangan sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini.Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085
http://dppnjohor.blogspot.com/