Tuesday, March 10, 2009

Tahanan Terakhir Dibebaskan

Beramal Kerana Allah

(Petikan Dari Blog Pemuda Wilayah dgn Sedikit Edit)

Kuala Lumpur, 10 Mac 2008 : Petugas Keselamatan Himpunan Memansuhkan PPSMI yang ditahanan reman, Laili Masran, 45 tahun telah dibebaskan kira-kira jam 11 pagi semalam. Beliau telah ditahan reman selama dua hari kerana dituduh menyertai perarakan aman Memansuhkan PPSMI dan menghalang penjawat awam (Polis) menjalankan tugas dibawah Akta Polis Seksyen 127.

Menurut Laili, beliau ditahan setelah cuba meleraikan provokasi yang dilakukan oleh pihak FRU terhadap aktivis PKPIM. Ekoran dari usaha beliau itu, pihak FRU telah memukulnya dari belakang dengan kayu dan perisai sebelum menahan beliau.

Walaubagaimana pun, tiada kecederaan teruk dilaporkan dan Laili tidak berhasrat untuk membuat laporan polis untuk insiden berkenaan. Beliau yang dibebaskan atas jaminan Polis juga hanya akan dipanggil semula jika pihak polis memerlukan maklumat tambahan. Setakat ini beliau bebas dan tidak dikenakan apa-apa dakwaan.

Laili mengucapkan tahniah kepada semua peserta Himpunan kerana berjaya menunjukan kuasa rakyat pada 7 Mac yang lalu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat serta pihak GMP yang menyokong beliau sepanjang dalam tahanan reman.dsc_0007

Ketua Unit Amal Wilayah Persekutuan, Syaripudin Mat Yatim yang hadir di Balai Polis Dang Wangi bagi meraikan pembebasan Laili mengucapkan syukur pada Allah dan berharap agar anggota Unit Amal di seluruh negara dapat mencontohi kecekalan serta tanggungjawab yang dilakukan oleh Laili walaupun beliau terpaksa menjadikan diri beliau sebagai perisai bagi melindungi rakyat sehingga beliau sendiri ditangkap.

Ganbar Sekitar Demo Bantan PSSMPI

Beramal Kerana Allah

(Petikan Dari Blog Pemuda Wilayah)

Mengungkap kata-kata Tokoh Sasterwan Negara A. Samad Said ketika bersama rakyat turun di jalan raya membantah PPSMI “Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,”


Kelihatan muka Tuan Guru Presiden merah akibat terkena gas pemedih mata


Orang ramai mula berkumpul di Masjid Negara

Kelihatan Sasterwan Negara Dato’ A. Samad Said berada ditengah-tengah orang ramai


Mula berarak keluar dari kawasan Masjid Negara. Polis tidak mampu menghalang kemaraan orang yang terlalu ramai


Kumpulan dari Sogo yang diketuai oleh YB Salahuddin


Ahli GAMIS


Ahli PKPIM membawa keranda 152 sempena memperingati peristiwa keranda 152 pada 3 Mac 1967


Lautan Manusia membanjiri Ibukota menunjukkan penolakan dasar PPSMI. Kerajaan tidak sepatutnya meremehkan dan mengabaikan penolakan dasar ini.

Kanak-kanak inilah yang bakal menerima kesan pelaksanaan PPSMI pada masa akan datang


“PPSMI pengkhianat Bahasa Melayu” - Kelihatan ramai anak muda turun menyokong pemansuhan PPSMI

Unit Amal yang sentiasa menjalankan tugasnya, menjadi benteng dan barisan depan


Polis FRU yang menjadi robot tidak berperasaan setiap kali demonstrasi


FRU bersedia melepaskan gas pemedih mata kearah orang ramai


Peluru gas jatuh betul-betul di tengah orang ramai menyebabkan barisan terputus dua

Suasana di Kuala Lumpur menjadi huru hara bila polis sombong dan keras kepala. Ini tidak akan jadi jika pihak polis memberi kerjasama yang baik


Orang ramai bertempiaran bagi mengelakkan gas yang memedihkan ini


Orang ramai berdoa memohon pertolongan dan menghancurkan penzalim-penzalim durjana


Salah seorang yang pengsan akibat terhidu gas pemedih mata


Orang ramai cuba terus maju kehadapan untuk menghampiri istana


Orang ramai menggelonsor menuruni bukit selepas terkena gas


Kelihatan Dr Lo’ Lo’ Ahli Parlimen Titiwangsa


Orang ramai mula balik ke Masjid Negara selepas diarahkan oleh ketua komander


Puas hati dengan himpunan kali ini walaupun tidak berjaya menghampiri Istana Negara


Kelihatan Cikgu Azmi, Tuan Guru Abd Hadi, Ust Nasarudin, Hanipa dan Mahfuz berehat di Masjid Negara selepas himpunan

PSSMPI: 7 Bebas Seorang Direman 2 Hari

Beramal Kerana Allah

(Petikan Dari Blog Pemuda Wilayah)

Kuala Lumpur, 8 Mac 2008: Lewat malam tadi, 7 orang dari 8 orang yang ditahan dalam Himpunan Memansuhkan PPSMI telah dibebaskan. Menurut Inspektor Lokman, seorang lagi masih ditahan di bali Polis Dang Wangi.

Jam 10 pagi tadi, pihak Polis telah mendapatkan arahan tahanan reman dari Majistret ke atas Laili Masran, 45 tahun seorang petugas UnitAmal dari Johor. Beliau ditahan selama 2 hari untuk siasatan kerana dituduh menyertai perarakan aman Memansuhkan PPSMI dan menghalang penjawat awam (Polis) menjalankan tugas dibawah Akta Polis Seksyen 127.

Menurut peguam Zulkarnain Lokman yang mewakili Laili, anak guamannya itu mengadu dipukul polis hingga menyebabkan terdapat benjolan dikepalanya dan turut merasa kesakitan didada. Peguam telah memohon kepada mahkamah untuk membenarkan anak guamnya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.

Laili dijangka dibebaskan petang jam 3.30 petang esok di Balai Polis Dang Wangi. Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda Pas Wilayah yang turut hadir di Mahkamah meminta agar penyokong dan petugas amal hadir bagi menyambut beliau pada esok petang.

Himpunan 100K Bantah PSSMPI

Beramal Kerana Allah

7 Mac 2009

Seorang ALP AMAL Johor Sdr Laili bin Masran, 45 Tahun Di Tangkap Polis Anti Rakyat di hadapan Masjid Negara.

Sampai Di Pasar Seni

Cuba lihat di kiri...macam biasa nampak dalam filem2 arahan Mamat Khalid...hehehe

Menuju Ke Pasar Seni

Merancang Strategy Seterusnya

Diserang

Hampir Tiba



Menuju ke Istana Negara


Dari Masjid Negara

Wednesday, September 10, 2008

MISI RIBUT SELAT KELANG

Beramal Kerana Allah

Oleh : Pen. S/u Unit AMAL Johor

Selangor: 6 September (Sabtu). Diatas arahan Unit AMAL Pusat, seramai 30 anggota Unit AMAL Johor yang diketuai oleh Sdr.Noorkhalim bin Haji Sakib bersama-sama dengan Angoota Unit AMAL negeri-negeri lain telah berada di DUN Selat Kelang bagi misi membantu rumah mangsa ribut yang melanda pada rabu lepas. Sdr.Noorkhalim yang juga selaku Pengarah AMAL Johor berkata sebanyak 300 buah rumah yang dilaporkan terlibat. Namun begitu anggota Unit AMAL Johor telah di tugaskan di kampung Sungai Udang tidak dapat meneruskan kerja-kerja membaiki rumah mangsa berikutan hujan turun dengan lebat. Turut hadir membantu adalah Juara Akademi Nasyid iaitu Sdr.Azhan Atan.

Sementara menunggu hujan reda, anggota Unit AMAL Johor bersama sebahagian anggota RELA telah membantu penduduk kampung membungkus bubur lambok untuk diagih-agihkan kepada mangsa.

Selesai solat Zuhor, sebahagian anggota AMAL Johor telah membantu membaiki 3 buah rumah yang terlibat dan selesai pada waktu petang.

Kami anggota Unit AMAL Johor mengucapkan ribuan terimakasih kepada ADUN Selat Kelang kerana menyambut kehadiran kami dengan baik.