Saturday, January 27, 2007

Rombongan Dari Kelantan















Batu Pahat, 27 Januari - Negeri Johor menerima kunjungan Rombongan besar-besaran daripada kerajaan Kelantan semalam. Rombongan Misi bantuan banjir itu diketuai oleh Datin Tuan Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Anggota rombongan adalah seramai hampir 250 orang melibatkan lebih 50 kenderaan pelbagai jenis. Rombongan ini tiba di Tol Yong Peng pada 5 pagi 26hb januari. Rombongan ini seterusnya di bawa ke Sri Medan Batu Pahat.


Selepas itu, rombongan ini diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan untuk bertugas di kawasan yang dipilih. Rombongan ini berkampung di Johor selama 2 hari.

Misi Bantuan Banjir ini adalah susulan inisiatif kerajaan Kelantan setelah menyumbangkan sebanyak RM 1 Juta bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat Johor.

Rombongan ini dijangka bertolak pulang ke Kelantan pada petang ini. -UAJ

Friday, January 26, 2007

Misi Kemanusiaan















Batu Pahat, 26 Januari - Banjir Gelombang Kedua di Johor sudah dalam proses pemulihan di semua daerah kecuali di daerah Batu Pahat. Sedia maklum, daerah Batu Pahat masih lagi menghadapi takungan air di beberapa buah kampung dan jalan-jalan di sekitar daerah ini.

Antara yang masih menghadapi 'takungan' air ini adalah Sri Medan, Parit Yaani, Seri Bengkal, Sengkuang, Parit Sulung, Parit Awang, Parit Andin. Walaupun megah dengan nama 'parit' tersebut, namun hakikatnya parit itu hanya pada nama.. Kampung-kampung ini juga menjadi perhatian media massa tempatan bagi membuat liputan tentang 'peliknya' keadaan ini. Satu situasi di daerah lain sudah surut airnya, tapi lain pula keadaan di batu Pahat.

Setakat hari ini, masih terdapat lebih 50 000 mangsa banjir yang dipindahkan di pusat-pusat penempatan banjir. Kesemua mereka masih tidak dibenarkan pulang kerana air masih lagi bertakung di rumah-rumah mereka.

Sementara itu, di daerah lain seperti Kota Tinggi dan Segamat, banjir sudah surut sepenuhnya menyebabkan aktiviti mencuci dan berkemas sudah dilakukan oleh kebanyakan penduduk. Unit Amal Johor turut bersama penduduk lain membantu meringankan beban mangsa banjir ini dengan menghulurkan tenaga amal membantu mencuci rumah.

Walau bagaimanapun, keadaan cuaca kini semakin menggusarkan penduduk terutamanya penduduk di Batu Pahat apabila hujan sudah mula turun berterusan sejak beberapa hari lalu. Peringatan dari Pusat Meteriologi Negara juga turut mengukuhkan anggapan bahawa kekhuatiran gelombang ketiga akan berlaku.

Keadaan mendung dan kadangkala hujan lebat sekejap-sekejap yang berlaku kini seolah-olah menjadi trauma dan igauan ngeri kepada semua penduduk Johor. Beberapa penduduk yang ditemui berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan ramai yang tidak berkemas dan mencuci rumah mereka dan bersedia untuk menerima gelombang ketiga sekiranya benar-benar terjadi.

Beberapa penduduk juga menyatakan betapa dahsyatnya banjir ini terutama pada gelombang kedua yang menyebabkan ramai kehilangan sumber pendapatan, hilang pekerjaan, musnah harta benda dan kerugian besar.

Unit Amal Johor bersama-sama Unit Amal negeri lain turut turun padang membantu meringankan beban mangsa banjir dengan mengagihkan bantuan berupa makanan, beras, pakaian dan juga menyebarkan risalah Hikmah banjir kepada semua mangsa.

Wednesday, January 17, 2007

Kunjungan Wakil Harakah


Parit Yaani, 17 Jan - Wartawan dari akhbar Harakah tiba di sekitar Parit Yaani bersama-sama Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Sdr mazlan Aliman.

Kunjungan meliputi kawasan Seri Bengkal, Parit Yaani, Parit Jambi dan Sengkuang.

Pemantauan Bot



Kerja-kerja pemantauan dijalankan semalam melibatkan anggota unit Amal Johor. Pemantauan dijalankan menggunakan bot di sekitar Parit Awang. Turut terlibat adalah Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Sdr Khairul Faizi bin Ahmad kamil.

Keadaan sekitar Parit Awang masih lagi tidak berubah. Air masih memenuhi segenap ruang kampung setinggi kira-kira 2 meter. Penduduk kampung kesemuanya dipindakan di Pusat Penempatan Banjir di sekitar Pekan Yong peng.

Realiti Banjir


Keadaan banjir yang melanda Johor semakin membimbangkan apabila terdapat tempat-tempat yang semakin dinaiki air walaupun hujan sudah tidak turun selama 3 hari.

Tempat yang menjadi tumpuan ketika ini adalah sekitar kampung di dalam daerah Batu pahat. Antara kampung kampung tersebut ialah Sri Medan, Parit Awang, Parit Tengah, Parit Yaani, Seri Bengkal, Kg Sengkuang dan Parit Raja.

Keadaan ini menyebabkan mangsa banjir semakin tertekan dan ada yang seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan di atas bencana yang melanda ini.

Mangsa-mangsa yang ditemui di dalam Misi Kemanusiaan Unit Amal Johor mendapati, ramai yang kehilangan punca apabila banyak kerugian yang di tanggung selain kehilangan punca pendapatan.

Bagi penduduk kampung, mereka kebanyakannnya bekerja sebagai petani, penoreh getah, dan pesawit. Apabila banjir menimpa, pokok-pokok getah, sawit serta tanaman-tanaman banyak yang mati dan layu. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan.

Pihak Uit Amal Johor menenangkan mereka dan bersabar kerana ini semua adalah ujian dari Allah.

Unit Amal Johor turut mengedarkan risalah Hikmah Banjir kepada mangsa-mangsa banjir.

Motorsikal Unit Amal

Motorsikal ini salah satu kenderaan yang digunakan oleh petugas Unit Amal Johor bagi menjalankan Misi Kemanusiaan sempena musibah banjir yang melanda Johor kini.

Motorsikal ini dipunyai oleh seorang sahabat daripada Unit Amal kawasan Batu Pahat.

Dengan semnagat yang jitu beserta keikhlasan yang berpanjangan, anak-anak muda yang menganggotai Unit Amal Johor semakin berani dan bersungguh-seungguh bagi menjayakan Misi Kemanusiaan ini.

Sejak semalam, (16hb) jentera Unit Amal sentiasa bertugas setiap hari bagi menyatakan sokongan dan sikap prihatin Unit Amal di atas kesusahan yang ditanggung mangsa.