Unit Amal Johor meneruskan Misi Kemanusiaan semalam dengan membahagikan beberapa kumpulan di setiap kawasan yang dilanda banjir.
Di Parit Awang, Misi Kemanusiaan dijalankan daripada pagi hinggalah ke malam membabitkan anggota Unit Amal yang ramai daripada Kawasan Ayer Hitam dan Sri Gading. Rondaan pada petang semalam di Parit Awang menyaksikan satu kemalangan ngeri berlaku di jalan Lebuhraya PLUS berdekatan dengan jembatan Lebuhraya Parit Awang.
Anggota Unit Amal yang kebetulan meronda kawasan tersebut turut menyaksikan detik kemalangan itu berlaku sehinggalah selesai kerja-kerja menyelamat. Kemalangan membabitkan sebuah lori perniagaan yang membawa muatan yang penuh terbabas dan masuk ke dalam terowong longkang. Sehingga petang semalam, pemandu lori berkenaan masih belum ditemui dan di khuatiri di bawa arus deras akibat banjir.
Ketua Pengarah Unit Amal Johor , Sdr Khalim Sakib berkata, kemalangan yang berlaku ini sangat mengerikan dan menginsafkan kerana musibah banjir yang melanda ini bertambah buruk apabila terjadi perkara seperti ini.
Perkembangan di tempat lain pula, Penolong Pengarah Unit Amal Johor, Sdr Juhari Usman bertugas di Sri Medan, Batu Pahat. Unit Amal Johor meneruskan Misi Kemanusiaan dengan membantu memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap. Kesemua mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan.
Di Kota Tinggi, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, YB Salahuddin Ayub bersama-sama beberapa Exco Dewan Pemuda Pas negeri menjalankan Misi Kemanusiaan dengan mengagihkan berangan bantuan di dalam satu Ekpedisi yang tamat pada jam 12 tengah malam.
Setakat semalam, daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan.
No comments:
Post a Comment