Monday, January 15, 2007
Unit Amal Johor terus mara
Ayer Hitam, 15 Jan - Anggota Unit Amal Johor terus komited menjalankan Misi Kemanusian di tempat-tempat banjir. Tinjauan dilakukan pada malam tadi di sekiitar Kampung Parit Awang, Yong Peng, dilaporkan kesemua penduduk di tempat tersebut telahpun dipindahkan ke tempat pemindahan banjir.
Unit Amal Johor turut bersama-sama anggota JPA dan Bomba membantu menyelematkan mangsa yang terperangkap di dalam banjir. Gabungan tenaga penggerak ini tidak lagi mengenal parti politik ataupun sentimen fahaman. Kesemuanya terus berganding bahu bagi bersama-sama menggerakkan jentera penyelamat ini.
Ketua Pengarah Unit Amal Johor, Sdr Khalim Sakib ketika ditemui berkata, banjir kedua yang melanda Johor kini lebih dahsyat dan amat luar biasa. Air naik begitu cepat berbanding banjir pertama sebelum ini. Lantaran itu, kerahan tenaga semua anggota Unit Amal Johor amat diperlukan bagi bersama-sama membantu mangsa banjir.
Beliau ditemui ketika berada di Bilik Gerakan Banjir Kawasan Ayer Hitam di sini. Ketika jam menunjukkan 12 malam, masih ada lagi taklimat yang dibuat bagi merancang dan pengagihan tugas serta makanan kepada mangsa pada keesokan hari. Misi Kemanusiaan sesi kedua ini telah turut dianggotai oleh anggota Unit Amal negeri lain yang turut serta secara mengejut bagi menyatakan sokongan yang amat padu kepada Unit Amal Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment