Yong Peng, 15 Jan - Unit Amal Johor terserempak dengan Unit Amal Wilayah Persekutuan di pekan Yong Peng. Mereka bukannya 'bersuka-ria' di sini tetapi sedang menunggu bantuan untuk membaiki salah sebuah UNSER yang rosak akibat meredah banjir.Turut berada di sini adalah Unit Amal Johor, Pahang dan Perak yang sedang dalam perjalanan menuju ke Parit Awang, Yong Peng.
Bantuan Unit Amal negeri lain datang secara mengejut dan membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir di tempat-tempat yang telah disasarkan. Antara tempat yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ialah di Parit Awang Yong Peng, Parit Haji Gafar dan beberapa tempat yang akan dipilih.
Banjir kali kedua di Johor ini mencatat sejarah apabila 'penangannya' lebih luar biasa berbanding yang pertama sebelum ini. Air naik begitu cepat sehingga mangsa-mangsa tidak percaya apa yang berlaku.
'air naik begitu cepat. Pakcik tak sempat nak selamatkan apa-apa dah. syukurlah semua anggota keluarga selamat' bicara daripada seorang penduduk semasa misi menyelamat di parit Awang.
Unit Amal Johor memperluaskan Misi kemanusian pada hari ini (Isnin) apabila laporan di setiap kawasan menyatakan air banjir semakin mengganas.
No comments:
Post a Comment