Monday, May 08, 2006

Lawatan Kasih

BATU PAHAT 6 MEI - Pengarah Jabatan Amal Johor diiringi beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah dan YDP PAS Sri Gading Tuan Hj Sakib Bin Manan telah mengziarahi 3 beradik yangkehilangan ibubapa mereka dalam kemalangan jalan raya di KM10 jalan Batu Pahat - Kluang pada hari khamis yang lalu

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 minit malam khamis lalu, pasangan suami isteri Zamrim Abdul Karim 33 dan Roslinda Rahmat 32, telah mati di tempat kejadian apabila kereta yang dipandu oleh Zamrim terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuat lori treler,Jamaliah Rahmat 32 adik bongsu Roslinda pula mati di hospital Batu Pahat jam 9.50 Mlm apabila cedera parah di kepala dan badan.

Pasangan Suami Isteri tersebut telah meinggalkan 3 orang anak Ain Nurlisa 9, Mohd Azri Zarif 7, dan Ain Nurzeti 2 yang kini telah dibela oleh Pak Rahmat dan Pn Manisih di Kampug Pt Sameon, Pt Raja. Batu Pahat Johor.

Sehubungan dengan itu, pihak kami telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga terbabit. Semoga Allah merahmati Roh Allahyarham dan semoga anak-anak tersebut akan sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

No comments: