Sunday, May 14, 2006

Pelancaran Unit Amal Kawasan Kluang


13hb Mei 2006 - Unit Amal Johor telah maju setapak lagi dengan Pelancaran Semula Unit Amal Kawasan Kluang oleh Sdr Abd Hamid bin Jammah, Penasihat Unit Amal Johor. Kawasan Kluang merupakan kawasan keempat dalam negeri Johor yang membuat pelancaran unit amal dengan penampilan uniform baru yang lebih menarik. Sebelum ini, Kawasan Batu Pahat, Air Hitam dan Muar telah membuat pelancaran di peringkat Kawasan masing - masing. Program tersebut turut dihadiri oleh Sdr Nor Khalim bin Sakib, Pengarah Jabatan Amal Johor, Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Pemangku Ketua Pemuda PAS Kluang, Sdr Adanan bin Rasid, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Johor, Sdr Azizi bin Malik, Ketua Penyelaras Unit Amal Kluang.
Sdr Abdul Hamid dalam ucapannya menyatakan harapan beliau yang sangat tinggi agar Unit Amal khususnya di Kluang dapat digerakkan dengan perancangan yang baik supaya dapat memberi pelbagai khidmat kepada masyarakat tempatan. Beliau juga yakin dengan penampilan yang lebih menarik ahli Unit Amal dapat mendekatkan diri kepada golongan pemuda dengan lebih mudah dan berkesan.

No comments: