Wednesday, May 31, 2006

Unit Amal WP berkempen untuk kutipan Tabung Palestine
Laporan : MOHD SHAHRAINI ABU SAHID ( S/U Unit Amal WP )

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Unit Amal WP atas nama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat telah turun padang ke Masjid Negara dan Masjid Kg. Baru bagi meneruskan kempen Kutipan Tabung Palestine yang telah dilancarkan oleh Lajnah Antarabangsa PAS Pusat yang dirasmikan oleh Presiden PAS di Taman Melewar baru-baru ini.
Bersama-sama pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat iaitu Dr. Syed Azman Syed Nawawi, seramai 25 orang petugas Unit Amal mencari sasaran di pintu-pintu masuk utama sekitar Masjid Negara dan Masjid Kg Baru dengan membawa tabung-tabung derma. Dengan memakai baju tshirt yang disediakan dengan slogan ' Bantulah Palestine ', Unit Amal kelihatan begitu semangat walaupun dalam keadaan panas terik.
Disamping itu, Pemangku Ketua Pemuda PAS WP iaitu Sdr. Kamaruzzaman juga telah menyertai kempen tersebut dengan memegang sepanduk ' Support Palestine ' dan melaungkan kata-kata ' Bantulah Palestine '.

No comments: